Posts

MCO

Assalamualaikum Salam MCO(Movement Control Order) 9 Hari lagi untuk selesai MCO. Mungkin tambah mungkin tidak. Hidup tidak akan jadi normal selepas ni. Kita akan hidup dalam keadaan berjaga-jaga. Corona celaka yang menyerang manusia. Semoga Tuhan mengangkat semula wabak ini dan menyelamatkan kita. Kehidupan menjadi separa gila pabila hampir sebulan duduk dirumah. Nikmat ke masjid ditarik. Nikmat Jumaat. 

Baru Rasa

Assalamualaikum,hai ! Aku baru rasa.Pabila diri jauh dari keluarga,rasa susah hidup seorang. Duit hang kena jaga elok-elok habih duit pa tak guna. Makan dekat luar dari Alor Setar mahai nokhorom.. Sehari rm10 sekali makan Dekat Alor Setar rm10 pagi sekali,petang sekali. Mamak: Restoran elok-elok,rm9 ke atas. Dekat Alor Setar ada la rm7,rm8. Aku Alhamdulillah dah sebulan dok sini,perbelanjaan aku masih gila kena belajar simpan duit lah..huahuahua. Dalam sudut hati aku memang rindu Alor Setar. Bagilah aku jumpa kerja kat Alor Setar.Bukan stail aku kalau kerja KL.Kemungkinan aku sudah jumpa bulatan selesa aku.Selesa dengan utara semuanya. Kalau ada jumpa kerja di KL gaji rm1200+ rasanya baru cukup rasanya entahlah. Doakan aku sihat walafiat untuk teruskan praktikal aku kat Kidzania.Pengalaman baru untuk aku kerja di tempat begitu.

Kidzanian

Assalamualaikum and Good life all.Start 8/2/2018 aku dah start praktikal kat Kidzania.Alhamdulillah dah 2 minggu aku praktikal.Semua sekali kena praktikal sampai 14 Minggu.Aku MC haritu 19/2.Sakit kepala pi Klinik kena bayaq sampai rm50 Ya Tuhan mahai.Tapi nak buat gena memang kena pi klinik sebab sakit kepala sangat dan nak amik MC.Maybe nanti aku kena tambah satu hari dari jumlah aku kena praktikal,maybe. Kidzania..Buat apa ya ? Jaga establishment (tempat budak-budak main).Aku yang letih rasa jaga masa kena bahagian Bas MPBJ.Ya Allah sakit kaki aku.Kat Kidzania ni banyak establishment dari Spritzer sampailah McD.Yang penting kerja ka Kidzania ni budak-budak tugas yang penting untuk Kidzanian ialah bagi budak-budak tu seronok.

Hari umpama sejam

Assalamualaikum, Entri baru Hari umpama sejam ialah kiasan aku untuk menerangkan bahawa masa semakin suntuk untuk kita jalani.Jaih akal untuk memikirkan soal masa karena masa itu tidak menentu namun ia tetap terus mengejar kita..Jauh dari sanubari diri untuk terus mengejar masa.Masa itu emas bagi mereka yang jauh nun memikirkan masa depan tapi masa iti tidak membawa apa-apa erti karena baginya ianya hanya mitos kehidupan. Jangan kau berpaling dari masa ya g teramat-amat nipis dan dapat membolosi kehidupan yang penuh kefoya-foyaan.

Salam Ramadhan 1438

Assalamualaikum untuk si bunga dan sang kumbang yang membaca blog ini. Ramadhan datang lagi Alhamdulillah inilah bulan untuk menambah isi tabung amal kebaikkan kita dan menuang kembali kejahatan yang kita buat. Allah swt menjadikkan bulan ramadhan ini sebagai bulan untuk hambanya.Kerana DIA tahu kita akan menjemputnya masuk kedalam hati kita akan bulan RAMADHAN Aku ada kiaskan bahawa yang berpuasa tetapi terawih tidak dilakukan umpama membuka pintu tetapi tidak mengajak RAMADHAN masuk. Jaga pandangan.Pandangan amatlah susah untuk dijaga pabila ada sahaja halangan untuk mengurangkan pahala puasa.Ya Rabbi semoga KAU permudahkan urusan ku. Aku juga berharap yang mempunyai kekasih janganlah nanti berbuka sekali.Maaf bukan sah lagi maka cukuplah sekadar menghantar chat "Selamat berbuka" Rugi dari siang sampai berbuka menjaga puasa tapi akhirnya tumbang dek kekasih hati. Waalahualam

Keselamatan Pemikiran

Assalamualaikum, Datangnya pemikiran yang bernas adalah sati anugerah ilahi.Janganlah kita menyombong dan melarikan diri dari TUHAN atas sebab takut. Pemikiran bernas ada dua kategori. 1:Pemikiran yang tiada batas 2:pemikiran yang mempunyai batas 1:Pemikiran seperti ini dapat diinterpertasikan sebagai pemikiran yang dapat disebabkan akan ketidakstabilan emosi yang selalunya dikaitkan dengan penyakit mental,Pabila tiada batas kadang-kadang ianya terlepas cakap dan pemikirannya tidak lagi diiktiraf manusia sejagat 2:Pemikiran seperti amatlah orang seperti itu bersyukur.Pemikiran yang mempunyai batas amatlah diiktiraf manusia sejagat.Kerana ianya tidak melebih dan ianya hanya sederhana.Keselamatan pemikiran pun akan terjaga dan akhirnya diri tidaklah terpesona dan tertipu dek dunia penuh fana.Pabila cara pemikiran seperti ini iainya dapat membantu manusia lain dan pemikirannya akan cepat menyeluruh kedalam hidupnya Akhir kata.Jadilah pemikiran yang kedua,jika terdapat rakan-rakan y

Perlambakkan

Assalamualaikum, Perlambakkan manusia yang mahu membuat duit cepat dengan menerbitkan buku yang dilihat dari luar hanya memberi ransangan keminatan tapi tiada isi. Buku yang mempunyai isi dapat membakar semangat membaca dan naikkan semangat kreativiti Jikalau bukunya diterbit kerana suka-suka tanpa usul tanya kepada pembaca,tiadanya sifat kemampuan otak untuk memproses akhirnya memakan diri tanpa rasa diri tercabar dek penulis. Kuatkan hati dan akal untuk mencari bahan ilmiah yang dapat membantu melancarkan sel-sel otak berkembang