Posts

Showing posts from September, 2015

Sombong

Image
Assalamualaikum dan HI ! Sombong.Selalu kita nampak atau terdengar perkataan ini diucapkan oleh MANUSIA ciptaan TUHAN sekalian alam :) apakah itu SOMBONG Definisi sombong oleh Rasulullah   dalam sebuah hadits:  “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia” (Riwayat Muslim) Menolak kebenaran. “Sombong adalah keadaan seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri. Memandang dirinya lebih besar dari pada orang lain, Kesombongan yang paling parah adalah sombong kepada Rabbnya dengan menolak kebenaran dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan ataupun mengesakan-Nya”. (Fathul Bari’ 10/601) Antara sikap yang amat tidak digemari oleh manusia untuk dihadapi ialah sikap sombong atau takabbur.  Walaupun sikap ini tidak menyebabkan kekurangan kepada diri orang lain secara fizikalnya, tetapi mengucapkan perkataan-perkataan yang berbaur ketakburan atau kesombongan menyebabkan orang yang mendengar merasa meluat, tersinggung dan panas hati. Di dalam hal

Cair

Assalamualaikum dan HI ! Cair atau dalam Bahasa Inggerisnya MELTING Ianya terjadi pabila seseorang lelaki ataupun perempuan melihat pasangan yang lain yang disini membawa maksud.Lelaki bujang melihat akan kecantikkan seorang wanita yang masih juga bujang. Perempuan pula melihat pula akan lelaki yang bujang dan kacak Yang menjadi kegilaan manusia sekarang ialah pabila diobsesi akan pasangan yang tidak lagi beliau kenal tetapi cepat persepsi manusia berkata "Ya Tuhan handsomenye !!!" "Ya Tuhan Comeynya !!" Saya tidak menghalang dan memberi tanggapan buruk kepada siapa yang senang hatinya CAIR Tetapi bersederhanalah dan nak cair,cair seorang-seorang jangan libatkan atau dalam bahasa kasarnya jangan melebih-lebih akan kegedikkan itu Ianya bukan isu besar tetapi bila difikirkan balik apa yang kamu dapat ? (Kosong) Dirinya cepat mahukan JODOH tetapi diri sendiri masih lagi tidak mahu menimba ILMU agama :( Sayang seribu kali sayang bila dijodohkan TUHAN