Posts

Showing posts from April, 2017

Perlambakkan

Assalamualaikum, Perlambakkan manusia yang mahu membuat duit cepat dengan menerbitkan buku yang dilihat dari luar hanya memberi ransangan keminatan tapi tiada isi. Buku yang mempunyai isi dapat membakar semangat membaca dan naikkan semangat kreativiti Jikalau bukunya diterbit kerana suka-suka tanpa usul tanya kepada pembaca,tiadanya sifat kemampuan otak untuk memproses akhirnya memakan diri tanpa rasa diri tercabar dek penulis. Kuatkan hati dan akal untuk mencari bahan ilmiah yang dapat membantu melancarkan sel-sel otak berkembang

Keganasan

Assalamualaikum, Keganasan sekarang tidak kenal agama. Tetapi yang buat aku sedih ialah,keganasan sekarang dikaitkan dengan ISLAM Walhal ISLAM bukan agama yang ganas.Tetapi pemahaman manusia yang salah tentang ISLAM sehinggakan menghalalkan perbuatan mereka. INI SALAH ! Moga TUHAN menolong memahamkan mereka yang sedang mencari TUHAN. :3

Persoalan

Assalamualaikum, Soalan yang ditanya tak kira lah yang kecil atau besar, Adakalanya soalan menjadi titik tolak dalam kehidupan yang penuh pancaroba dan halangan dan ujian dari TUHAN MAHA ESA . Bagaimana hendak meneruskan kehidupan dan dapat menjawab soalan siapakah aku dalam dunia ini,Soalan yang susah yang jawapannya ikut atas kapasiti manusia yang mindanya hanya sekumit yang hanya mampu memahami akan sesuatu. Ujian TUHAN,Bagaimana untuk mengharungi ? Minta kepadaNYA untuk permudahkan dan meminta tolong TUHAN untuk jauhkan diri dari sifat pentingkan diri. 😊

Jauhi dari mereka

Assalamualaikum, Jauhi dari mereka. Jauhi dari mereka yang hanya mahukan kamu jatuh dari kehidupan yang penuh fana.Jangan terpedaya dengan janji-janji manis yang hanya mahu kamu terus jatuh dari kehidupan kamu. Apa yang menyakinkan mereka yang ingin menjatuhkan kamu ? Ada banyak sebab dan selalunya tiada sebab pun. Mereka sengaja dan suka akan menjatuhkan orang.Keimanan yang lemah menjadikan mereka membuat begitu Semoga TUHAN menolong mereka yang dijatuhkan dan akan dijatuhkan.

Pembangunan Diri

Assalamualaikum, Pembangunan diri membawa maksud diri kita dibangunkan oleh sifat postif dan negatif seseorang. Jika dirinya dibangunkan dengan perkara-perkara positif maka hidupnya akan penuh dengan senyuman dan jika sebaliknya hidupnya akan porak peranda. Cubalah juga kita fahami sikap orang lain dan jangan biarkan orang lain faham sikap kita kerana memahami diri orang lain indah caranya pabila mereka memahami dan senang bawa berbincang. Oleh yang demikian mulalah dari carian sahabat yang dapat mendengar dan memberi nasihat yang bernas,mereka inilah yang akan membantu dan meneman kita sewaktu kita dalam kesusahan dan mereka inilah yang akan menemani kita untuk pergi ke syurga atau neraka atas carian sahabat yang betul. Iman+Usaha maka hidupnya berjaya :3

Dubstep

Assalamualaikum, Ok guys.Aku nak cerita pasal passion aku dengan muzik yang selalunya semua kawan-kawan aku tahu. Aku minat dubstep Beat dia pergh.. Artis yang mempopularkan dubstep Skrillex la yang kira memaistreamkan dubstep ni. Yang lain macam naik selepas dia. Zomboy and others