Salam Ramadhan 1438

Assalamualaikum untuk si bunga dan sang kumbang yang membaca blog ini.

Ramadhan datang lagi Alhamdulillah inilah bulan untuk menambah isi tabung amal kebaikkan kita dan menuang kembali kejahatan yang kita buat.

Allah swt menjadikkan bulan ramadhan ini sebagai bulan untuk hambanya.Kerana DIA tahu kita akan menjemputnya masuk kedalam hati kita akan bulan RAMADHAN

Aku ada kiaskan bahawa yang berpuasa tetapi terawih tidak dilakukan umpama membuka pintu tetapi tidak mengajak RAMADHAN masuk.

Jaga pandangan.Pandangan amatlah susah untuk dijaga pabila ada sahaja halangan untuk mengurangkan pahala puasa.Ya Rabbi semoga KAU permudahkan urusan ku.

Aku juga berharap yang mempunyai kekasih janganlah nanti berbuka sekali.Maaf bukan sah lagi maka cukuplah sekadar menghantar chat "Selamat berbuka"
Rugi dari siang sampai berbuka menjaga puasa tapi akhirnya tumbang dek kekasih hati.

Waalahualam

Comments

Popular posts from this blog

Pembangunan Diri

Altimet