Disorder
Assalamualaikum ,
Baik secara ringkas aku ingin cerita tentang penyakit aku.
Doktor mengklasifikasikan aku ni ada Bipolar Disorder.
Yang bermaksud Manusia yang normal sifatnya ada dua Gembira dan Sedih.
Tapi bagi pemilik penyakit ni perasaan gembiranya adakala melebihi dari kapasiti manusia normal dan apabila sedihnya melebihi dari kapasiti manusia normal.
Bipolar=Dua kutub
Adanya juga penyakit ini ada manic state yang membawa erti beliau akan rasa seronok yang melampau dan dia rasa tak ada apa-apa yang boleh menjatuhkan diri dia dari segi mental dan fizikal.Pendek cerita adanya manic ni beliau akan rasa semangat 200%
Aku pernah alami manic state.Jadi manic ni sewaktu aku final exam.Soalan dibaca dan terus boleh jawab dan gorengannya hanya TUHAN yang tahu.
Apabila jadinya depression state seperti yang aku alami sekarang,tetapi masih boleh dikawal ALHAMDULILLAH.Dahulu sebelum aku ada bantuan daripada ubat konvensional dan ubat tradisional perasaan marah sering terjadi dan sangat rasa tak selesa.
Aku macam mana sekarang
Syukur dengan adanya bantuan ubat konvensional dan ubat tradisional.Aku beransur sihat dan mampu mengawal.
Oh ya aku dah mula praktikal tapi apakan daya penyakit datang maka aku diberi cuti untuk rawatan,In sya Allah minggu depan aku mula kembali tugas aku sebagai guru praktikal
Setakat tu saja update yang aku boleh tulis dalam blog yang takdak orang baca pun haha
Assalamualaikum
Comments
Post a Comment